Skip to main content
Berita

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Asahi Kasei Corporation dan Gentari Hydrogen Sdn. Bhd.

6 Disember 2023, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Asahi Kasei Corporation dan Gentari Hydrogen Sdn. Bhd. pada 6 Disember 2023.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Ruslinda A. Rahim, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) dan YBrs. Dr. Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (NMB).
Kunjungan hormat ini adalah untuk merakamkan penghargaan sokongan MOSTI dan menerangkan lebih lanjut kerjasama antara Gentari Hydrogen Sdn. Bhd., sebuah subsidiari PETRONAS, dengan syarikat Jepun iaitu Asahi Kasei Corporation dan JGC Holdings Corporation dalam pembangunan projek penghasilan hidrogen hijau di Malaysia.
Ketiga-tiga syarikat telah menandatangani MoU untuk kajian Front-End Engineering Design (FEED) yang akan bermula pada Januari 2024 dengan operasi dijadualkan pada tahun 2027. Matlamat projek adalah selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) yang dibangunkan MOSTI dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi.
Skip to content