Skip to main content
Berita

BENGKEL DANA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) ANTARABANGSA

By 2018-04-18Ogos 12th, 2022No Comments

Putrajaya, 17 April 2018 – Bengkel Dana Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Antarabangsa yang dianjurkan oleh Bahagian Antarabangsa MOSTI telah diadakan di Hotel Everly Putrajaya bagi menghebahkan peluang permohonan dana antarabangsa yang diselaraskan oleh Bahagian Antarabangsa MOSTI iaitu ASEAN Committee on Science and Technology (COST) dan APEC Policy Partnership on Science Technology and Innovation (PPSTI) seperti berikut:

  1. Dana ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF) – di bawah platform ASEAN Committee on Science and Technology (ASEAN COST)
  2. Dana Rakan Dialog ASEAN – di bawah platform ASEAN Committee on Science and Technology (ASEAN COST)
  3. Dana APEC – di bawah platform APEC Policy Partnership on Science, Technology and Innovation (APEC PPSTI)

Objektif yang disasarkan oleh Bengkel ini adalah seperti berikut:

  1. menghebahkan peluang permohonan dana STI antarabangsa kepada semua Agensi/Jabatan/Kementerian berdasarkan bidang keutamaan yang digariskan dalam organisasi tersebut;
  2. meningkatkan peluang serta visibility Malaysia dalam memperoleh dana STI antarabangsa; dan
  3. merancakkan kolaborasi antarabangsa di dalam bidang STI di antara Malaysia dengan negara-negara lain terutamanya negara-negara anggota ASEAN berasaskan konsep “no money, cross border” serta sumbangan in-kind menerusi perkongsian kepakaran serta perkhidmatan STI.

Di samping dana ASEAN dan dana APEC, Bengkel kali ini turut menghebahkan inisiatif baharu iaitu MOSTI International Collaboration Fund yang mula dilancarkan sejak awal tahun 2018 oleh Bahagian Dana. MOSTI ICF merupakan inisiatif yang direalisasikan oleh MOSTI dengan caruman sebanyak USD1 juta untuk menjalankan projek R&D kolaborasi di peringkat antarabangsa. Dana ini menawarkan pembiayaan projek penyelidikan dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan dan teknologi, sains komputer dan ICT, sains perubatan dan kesihatan, serta pertanian dan perhutanan.

Bahagian Dana juga telah membuka booth pameran bagi membolehkan peserta – peserta Bengkel mendapatkan khidmat nasihat mengenai dana-dana yang diselaraskan oleh Bahagian Dana. Inisiatif ini turut menyokong komitmen MOSTI dalam menggalakkan kerjasama R&D dalam bidang STI di peringkat antarabangsa melibatkan penyelidik, saintis serta jurutera tempatan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 250 orang peserta yang terdiri daripada pegawai MOSTI, pegawai daripada Kementerian/Jabatan Kerajaan yang lain, penyelidik / ahli akademia daripada universiti tempatan, penyelidik daripada institusi penyelidikan awam serta penyelidik-penyelidik lain.

Secara keseluruhannya, Bengkel ini telah berjaya mencapai objektif dengan memberi pemahaman mengenai dana-dana yang diselaraskan oleh Bahagian Antarabangsa iaitu dana ASEAN dan dana APEC serta dana yang diselia oleh Bahagian Dana iaitu MOSTI International Collaboration Fund. Diharapkan agar Bengkel ini dapat merancakkan kolaborasi R&D di peringkat antarabangsa menerusi platform dana antarabangsa yang ditawarkan seterusnya menyumbang kepada peningkatan visibility Malaysia dalam melaksanakan projek STI untuk kepentingan serantau.

Antara manfaat yang diperolehi daripada peserta Bengkel ini adalah peserta diberi pendedahan mengenai dana-dana yang ditawarkan oleh MOSTI khususnya dana ASEAN, dana APEC serta dana MOSTI International Collaboration Fund. Peserta juga diberikan pendedahan mengenai prosedur permohonan dana-dana tersebut serta perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan dalam penulisan nota konsep/kertas kerja yang berkualiti, komprehensif serta menepati kriteria yang ditetapkan oleh ASEAN dan APEC.

Menerusi dana yang diterima, diharapkan agar program-program STI yang diterajui oleh Malaysia dapat ditingkatkan dan seterusnya menonjolkan imej serta komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

Dokumen rujukan

Pautan kepada dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  1. Dana ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF) – Muat Turun
  2. Dana Rakan Dialog ASEAN – http://asean.org/resource/asean-project-templates/
  3. Dana APEC – http://www.apec.org/Projects/Applying-for-Funds
  4. Slide pembentangan semasa Bengkel (17 April 2018) bersama gambar-gambar: http://www.dropbox.com/sh/wvfscjx40jsbcgo/AABn4zXlGIAU6GYCsRCZECS8a?dl=0
  5. Lain-Lain Rujukan – http://asean.org/asean-economic-community/asean-ministerial-meeting-on-science-and-technology-ammst/publications-2/

Focal Point Bahagian Antarabangsa (Dana ASEAN dan dana APEC)

  1. Noorahayu Yahya (noorahayu@mosti.gov.my) di talian 03-8885 8741;
  2. Nazratul Ain Mohamad Ali (nazratul@mosti.gov.my ) pada talian di 03-8885 8236; dan

Focal Point Bahagian Dana (MOSTI International Collaboration Fund):

  1. Ellya Masriq Ahmad Sani (ellyamasriq@mosti.gov.my) di talian 03-8885 8393; dan
  2. Puan Shammila a/p Aruchunan (shammila@mosti.gov.my) di talian 03-8885 8666

Skip to content