Skip to main content
Berita

MALAYSIA TELAH BERJAYA MEMENANGI PINGAT EMAS (KATEGORI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI) DALAM INTERNATIONAL NANOTECHNOLOGY OLYMPIAD 2018 (INO 2018)

By 2018-04-16Oktober 1st, 2021No Comments

TEHRAN, 16 APRIL –  Pasukan yang dihantar oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) sebagai wakil Malaysia ke Pertandingan International Nanotechnology Olympiad (INO) 2018 telah memenangi pingat emas Kategori Sains, Teknologi dan Inovasi.

Peserta INO 2018 dari Malaysia tersebut ialah:

  • Joshua Soo Zheyan, Universiti Malaya (UM);
  • Ho Kah Chun, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
  • Muhammad Sollehin bin Idris, UM; dan
  • Rabiatul Adawiyah binti Zayadi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pertandingan ini telah berlangsung pada 10 April hingga 17 April 2018 di Pardis Technology Park, Tehran, Republik Islam Iran. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Asia Nano Forum (ANF) dan dilaksanakan oleh Iran Nanotechnology Initiative Council (INIC) serta Sekretariat Tetap INO Iran.

Tidak ketinggalan untuk menyertai INO 2018, adalah 7 orang peserta lain yang terdiri daripada 4 orang peserta ijazah lanjutan, 2 pegawai teknikal dan 1 orang pengurus pasukan). Peserta INO 2018 dipilih dari pertandingan Olimpiad Nanoteknologi Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan pada tahun lepas.

Format pertandingan memerlukan setiap pasukan mencadangkan konsep penyelidikan penyelesaian masalah berdasarkan tema yang diberi. Pasukan Malaysia telah mencadangkan konsep penyelidikan bertajuk Nano-Palm Frond Titania Fiber (PFTF) Membrane for Industrial Waste Water Treatment (Reduction of Methylene Blue Dye and Hexavalent Chromium). Konsep waste to wealth ini menggunakan sisa pelepah sawit untuk menghasilkan bahan cellulose acetate yang akan digabungkan bersama bahan nano titania untuk menghasilkan membran menggunakan proses electrospinning.

Pusat Nanoteknologi Kebangsaan selaku penyelaras pasukan INO Malaysia telah mengaturkan sebanyak 2 fasa latihan untuk pasukan Negara pada 11 hingga 17 Mac 2018 dan pada 19 hingga 21 Mac 2018. Latihan juga turut menggunakan makmal-makmal penyelidikan UKM, UM, Universiti Putra Malaysia, Monash University dan makmal swasta seperti Hi-Tech Instruments, CREST Nanosolutions dan Progene Link bagi membantu pasukan negara menyediakan membran nano fiber, pencirian bahan dan pengujian prestasi membran  PFTF merawat logam berat.

-TAMAT-


 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Ismarul Nizam Bin Ismail
Ketua Penolong Setiausaha
Pusat Nanoteknologi Kebangsaan
Aras 4, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya

Telefon : 03-8885 8665
Faks : 03 – 8885 8686
Hp : 012-541 9401
e-mail : ismarul@mosti.gov.my

atau

Akmal Tujad
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat, MOSTI
03-8889 8299 / 012-9075372 / akmaltujad@mosti.gov.my

Skip to content