Skip to main content
Berita

Bengkel Pemantapan Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

28 Februari 2025, Selangor – Sekretariat Induk EKSA MOSTI telah mengadakan Bengkel Pemantapan Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 27 dan 28 Februari 2025. Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini dan menambahbaik garis panduan EKSA sedia ada selaras dengan keperluan semasa.
Selain itu, turut diadakan Malam Apresiasi EKSA: “EKSA-Lence” Celebration Dinner bagi menghargai warga MOSTI yang telah bekerja keras dalam memastikan EKSA terus menjadi budaya yang diamalkan di di MOSTI. Untuk rekod, MOSTI telah memperolehi pengiktirafan 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi tempoh 15 November 2024 – 15 November 2026. Pencapaian Cemerlang ini merupakan pengiktirafan yang diterima oleh MOSTI untuk kali keempat berturut-turut.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil zon, Jawatankuasa Promosi EKSA, serta pasukan juruaudit MOSTI.
Teruskan amalan baik EKSA bagi memastikan suasana dan persekitaran kerja di MOSTI sentiasa kondusif untuk warga kerja MOSTI memberikan perkhidmatan terbaik dan cemerlang. MOSTI, Luar Biasa!
Skip to content