27 Februari 2025, Kuala Lumpur – Dengan tema “Redefining The Future: Leading Tech Talent Amidst Global Shifts,” penganjuran Sesi C-Suite Roundtable bertujuan untuk mengumpul pandangan bernilai daripada pemain industri yang berkepentingan. Sesi ini turut disertai oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Hasil daripada perbincangan tersebut akan dirumuskan dalam sebuah kertas putih yang akan dikongsikan dengan pihak berkepentingan sebagai panduan strategik. Fokus utama sesi ini adalah untuk membangunkan, mengekalkan, serta menarik bakat teknologi dalam menghadapi perubahan global, kemajuan teknologi, dan dinamik kerja masa kini.
Sesi ini juga menekankan kepentingan kerjasama antara industri, akademia, dan kerajaan dalam memperkukuh tenaga kerja masa depan, bagi memastikan ekosistem teknologi yang berdaya tahan, inovatif, dan inklusif.
Sesi ini turut disertai oleh 30 pegawai kanan dan pemimpin industri peringkat C-suite dari pelbagai sektor, yang membawa pelbagai perspektif dan kepakaran.