Skip to main content
Berita

Bengkel Pemerkasaan Data Sains, Teknologi dan Inovasi KRSTE.my Siri X

19 Oktober 2023, Putrajaya – Hari ini telah berlangsung Bengkel Pemerkasaan Data Sains, Teknologi dan Inovasi KRSTE.my Siri X yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Seiring dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), tema bengkel hari ini, Data2Innovate menonjolkan kepentingan perkongsian data strategik STI sebagai pendorong inovasi, melalui platform KRSTE.my.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminudin dalam ucapannya mengatakan ‘kita berada di zaman revolusi digital dan inovasi “in the age of AI”. Kita sedang menyaksikan bagaimana data raya (big data) mengubah wajah industri secara global, merentasi pelbagai sektor seperti perubatan, pertanian, pengurusan sumber alam, dan banyak lagi’.
Data telah menjadi pemacu utama dalam membuat keputusan berlandaskan data (Data Driven Decision Making) di berbagai sektor. Di dalam konteks sektor awam, data juga menjadi landasan bagi Penggubalan Dasar Berlandaskan Bukti (Evidence-Based Policy Making).
Pada Bengkel ini juga turut diadakan sesi perkongsian mengenai:
▶️ Pengenalan kepada Sistem KRSTE.my
▶️ BDA Analytic, MOSTI / Platform Kolaborasi STI
▶️ System Walk Through KRSTE.my
▶️ Petunjuk STI – Kajian R&D Kebangsaan 2023
▶️ Taklimat Pembiayaan Dana R&D MOSTI
KRSTE.my direka khusus sebagai Single Point Access Facilities (SPAF) yang menyediakan platform pengurusan pengetahuan dan pembelajaran pengetahuan pintar mengenai Sains dan Teknologi dan Inovasi (STI). Dengan penambahbaikan berterusan, KRSTE.my akan menjadi salah satu platform yang kaya dengan sumber yang bermanfaat untuk semua pencari ilmu dan maklumat.
Ia berupaya menghubungkan semua yang terlibat dalam Penyelidikan, Pembangunan & Pengkomersialan (R,D&C) dengan ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang mesra pengguna dan kaya dengan ilmu pengetahuan.
Layari https://krste.my dan mulakan penjelajahan pencarian maklumat STI anda.
Skip to content