15 Jun 2026, Putrajaya – MOSTI dengan kerjasama Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kerangka Kedaulatan Teknologi Negara (National Technology Sovereignty Framework – NTSF) Siri 2 bagi tahun 2026 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Bengkel ini bertujuan memperhalusi perlaksanaan strategi nasional demi masa depan teknologi Malaysia yang lebih mandiri.
Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil dari Kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan, penggerak industri dan akademia untuk memperincikan empat (4) sektor teknologi utama negara merangkumi AI, Keselamatan Siber, Semikonduktor dan Sensor, dan Perubatan Jitu. Hasil input strategik yang diperolehi akan digunakan untuk memperhalusi, memuktamadkan reka bentuk dan keberkesanan NTSF sebagai rangka kerja strategik nasional.




