Skip to main content
Berita

Bengkel Penilaian Upaya (Due Diligence) Siri Pertama Tahun 2023

9 Mei 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini merasmikan Bengkel Penilaian Upaya (Due Diligence) Siri Pertama Tahun 2023 di bawah Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY).
Penganjuran Bengkel Due Diligence ini merupakan pilar pertama di dalam rantaian aktiviti program MCY dalam mengenal pasti produk dan inovasi berpotensi untuk kita ketengahkan dan seterusnya meningkatkan nilai pengkomersialan. Melalui bengkel ini, intervensi bersesuaian dikenal pasti agar aktiviti pengkomersialan dilaksanakan secara berkesan melalui penanda aras Tahap Kesediaan Teknologi atau dikenali sebagai Technology Readiness Level.
Pelaksanaan Bengkel Due Diligence pada tahun ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut sejak diperkenalkan pada tahun 2017. Bengkel pada tahun ini memperlihatkan penyertaan sebanyak 94 produk/teknologi/perkhidmatan hasil inovasi dan R&D tempatan.
Pelaksanaan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) adalah inisiatif untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan. Kini, momentum kejayaan MCY diperkasakan melalui gelombang ketiga MCY iaitu MCY 3.0 Goes Global yang bermula pada tahun 2021 sehingga 2025. MCY 3.0 berperanan untuk memperluaskan jaringan pengkomersialan dan memperhebatkan lagi daya saing produk/teknologi/perkhidmatan tempatan bagi memasuki pasaran global yang kompetitif.
DSC 0938    DSC 0958
Skip to content