Skip to main content
Berita

Persidangan Mikro Mystartup NXT Dengan Tema “Memperkasa Ekosistem Startup ASEAN” Dilancar Bersama Laporan Tahunan Pertama Mystartup

9 Mei 2023, Selangor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) melancarkan siri jelajah persidangan mikro, iaitu MYStartup NXT, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjana ekosistem startup yang inklusif, berkesan dan mampan di Malaysia. Siri jelajah ini adalah hasil kesinambungan daripada inisiatif jelalah MYStartup sebelum ini.
MYStartup NXT akan diperluaskan ke seluruh negara, bermula dari Cyberjaya, Sarawak, Pulau Pinang, dan seterusnya akan berakhir di Sabah.Persidangan mikro ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan startup tempatan di seluruh Malaysia, memberi akses yang lebih meluas kepada sokongan dan faedah ekosistem startup, serta membantu pertumbuhan syarikat.
MYStartup menyasarkan untuk mewujudkan lebih daripada 5,000 startup berkualiti menjelang tahun 2030. Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada 25 ekosistem startup dunia yang sedang berkembang. Oleh itu, terdapat potensi yang besar untuk bandar-bandar lain di Malaysia yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab kepada pengasas-pengasas
startup.
“MYStartup NXT bertujuan membudayakan inovasi yang boleh dan mudah untuk diakses dalam usaha Kerajaan menyokong pembangunan startup dalam jangka panjang, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, iaitu membina negara berinovasi dan berteknologi tinggi. Selain itu, pelancaran Laporan Tahunan MYStartup hari ini juga akan membantu Kerajaan dalam merealisasikan aspirasi tersebut menerusi program-program yang akan dipacu untuk memberikan hasil terbaik”, kata YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Menurut Ahmad Kashfi Alwi, Naib Presiden Kanan Pembangunan Ekosistem, Cradle,”Siri jelajah MYStartup NXT bertujuan membantu pertumbuhan ekosistem startup negara secara saksama serta memastikan setiap komuniti startup tempatan, sama ada dari Lembah Klang, wilayah Utara atau Selatan, Pantai Timur atau Sabah dan Sarawak tidak terlepas daripada menerima faedah program yang dijalankan di bawah inisiatif MYStartup. MOSTI melalui Cradle komited dalam mewujudkan sebuah ekosistem yang mampan dan inklusif, dan melihat setiap komuniti startup tempatan berkembang serta mempunyai daya saing yang tinggi”.
Pelancaran Laporan Tahunan MYStartup pada hari ini, merekodkan pencapaian dan impak MYStartup terhadap ekosistem startup negara sepanjang penubuhannya. Laporan Tahunan ini menggariskan matlamat MYStartup serta tiga pendekatan utamaiaitu Portal MYStartup, inisiatif strategik dan program Rakyat.
Selain itu, MYStartup juga turut memperkenalkan MYStartup Dev, sebuah platfom digital yang direka khas untuk menghubungkan bakat teknologi digital dengan rakan kongsi ekosistem dan program peningkatan kemahiran. MYStartup Dev akan memberi panduan tentang peningkatan kerjaya, membina rangkaian dengan pakar industri, kemahiran dan teknologi baharu, serta meluaskan potensi bakat-bakat teknologi muda tempatan.
Kerajaan negeri serta agensi yang terlibat sepanjang siri jelajah NXT ini juga digalakkan untuk menjalinkan rangkaian kerjasama antara satu sama lain untuk membentuk dan memupuk lebih banyak startup di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut tentang MYStartup NXT, ekosistem startup Malaysia dan inisiatif lain oleh MYStartup, sila layari www.mystartup.gov.my. Sertai komuniti MYStartup untuk mendapatkan akses kepada rangkaian sumber daripada mentor, rakan kongsi ekosistem dan pelabur.
IMG 4486    IMG 4560IMG 4541    IMG 4406
Skip to content