Skip to main content
Berita

Bengkel Transformasi Inovasi Kepada Pengkomersialan

17 Januari 2023, Putrajaya – Bengkel Transformasi Inovasi Kepada Pengkomersialan yang telah diadakan pada 17 Januari 2023, Rabu secara atas talian merupakan inisiatif di bawah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) untuk memperkasakan ekosistem pengkomersialan tempatan.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Amiruddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI. Beliau turut memaklumkan pencapaian inisiatif MCY di mana sebanyak 434 produk/teknologi/perkhidmatan telah dikomersialkan dengan nilai pengkomersialan sebanyak RM476.2 juta dari tahun 2016 hingga 2021.
Pencapaian ini memberikan impak yang signifikan kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), pembangunan sosioekonomi dan mengukuhkan perkembangan industri tempatan.
Bengkel ini melibatkan perkongsian berkaitan Bengkel Due Diligence MCY 2023, dana, program dan harta intelek yang dapat melonjakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan serta meningkatkan kebolehpasaran produk dan teknologi tempatan ke peringkat antarabangsa.
Melalui sesi taklimat mengenai Bengkel Due Diligence MCY 2023, peserta telah didedahkan kepada proses dan prosedur sebelum menyertai Bengkel Due Diligence serta kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi menyaring KPI Khas MCY di samping meneliti fasilitasi dan intervensi yang boleh diberikan bagi mempercepatkan pengkomersialan.
Inisiatif pendanaan di bawah Malaysia Science Endownment (MSE) turut dikongsikan dalam menyediakan lain-lain alternatif sumber pendanaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Melalui Malaysia Grand Challenge (MGC) yang disokong oleh dana pembiayaan MOSTI, peserta telah diterangkan mengenai kriteria dan tatacara bagi permohonan pendanaan di bawah MGC yang meliputi dana dan geran top-down iaitu Strategic Research Fund (SRF), Applied Innovation Fund (AIF), Technology Development Fund 1 (TED 1) dan Technology Development Fund 2 (TED 2).
MRANTI sebagai agensi technology commercialisation accelerator (TCA) pula telah membangunkan fasiliti pengujian dan program dalam membantu industri R&D tempatan seperti MRANTI 4IR Hub, MakersLab dan Area 57.
Di samping itu, penerangan dan pendedahan berhubung harta intelek yang terdiri daripada paten, trade secret, cap dagang dan sebagainya serta proses dan prosedur yang terlibat turut dikongsi oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Menerusi inisiatif MCY 3.0 dengan tema ‘Goes Global’, pembangunan daya saing produk/teknologi/perkhidmatan tempatan di pasaran antarabangsa telah dititikberatkan melalui perkongsian oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Lebih 300 peserta yang terdiri daripada usahawan teknologi, inovator dan penyelidik yang pernah menyertai Bengkel Due Diligence, Program MyTech Pitch 2021-2022 dan KPI Khas Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016-2022 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta orang awam telah menghadiri bengkel ini.
323429238 537338211681189 2353417622612076956 n   325736805 892651835096357 3456778291025841078 n
324886940 6387187664625875 5196875309556712283 n   325851261 1331603257625903 7782656004998691091 n
Skip to content