Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/html/wp-content/plugins/refresh-post-page-wud/refresh-post-page-wud.php on line 77
Skip to main content
Berita

Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) Disemarak Melalui Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM)

By 2014-10-09Disember 14th, 2020No Comments

UKK_4643

PUTRAJAYA, 9 OKTOBER 2014 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merangka pelbagai usaha untuk membudayakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan rakyat Malaysia. inisiatif ini adalah selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2013. Terdapat enam (6) Teras Strategik utama terkandung di dalam DSTIN iaitu i) Memajukan Bidang-bidang Penyelidikan dan Pembangunan Saintifik dan Sosial (R,D&C); ii) Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat; iii) Menggiat dan Mencergaskan Industri; iv) Mentransformasi Tadbir Urus STI; v) Menggalak dan Memupuk Kesedaran STI; dan vi) Mengukuhkan Hubungan Strategik Antarabangsa.

MOSTI juga turut membantu dan menyokong usaha pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja teknikal yang mahir dan cekap melalui cadangan penubuhan Malaysia Board of Technologists (MBOT). MBOT merupakan sebuah badan berkanun, yang akan memainkan peranan sebagai badan untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional serta Juruteknik Bertauliah sebagai profesion iktisas. Ia juga akan berfungsi sebagai badan menyenggara pendaftaran Teknologis Berijazah dan Juruteknik Berkelayakan. Di samping itu, MBOT bakal menyediakan program pembangunan dan latihan professional serta menjalankan penilaian program teknologi dan teknikal yang berkaitan.

Datuk Dr. Ewon Ebin dalam ucapannya sewaktu merasminya National Science Challenge memetik pernyataan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam Perikatan STEM Global di New York baru-baru ini. Menurutnya, negara telah dapat meningkatkan nisbah pengajian Sains:Sastera kepada 42:48 dan sasaran negara pada hari ini ialah untuk mencapai nisbah 60:40 menjelang 2020. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi itu juga turut mengalu-alukan penyertaan pihak swasta sebagai rakan strategik dalam penganjuran program-program membudayakan STI negara.

National Science Challenge 2014 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah juga merupakan salah satu daripada strategi untuk memastikan para pelajar menghargai keperluan sains dan teknologi dan berasa gembira mempelajari subjek ini. Penganjurannya yang turut mendapat kerjasama strategik daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ExxonMobil diharapkan akan membolehkan lebih ramai pelajar memilih bidang sains semasa peringkat tinggi mengajian mereka kelak.

12 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar SMK King George V Seremban, Negeri Sembilan; SMK St Francis Jalan Parameswara, Melaka; SM Sains Alam Shah Cheras, Kuala Lumpur dan SMK Sung Siew Sandakan, Sabah telah melepasi persaingan lebih 9,000 peserta seluruh negara serta berjaya melepasi tiga peringkat persaingan sebelum berjaya hadir sebagai finalis.

National Science Challenge juga dirangka bukan sekadar satu pertandingan yang biasa, tetapi merupakan program yang membangunkan soft skills dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar lingkungan bilik darjah. Pertandingan ini juga cuba untuk mencabar minda anak-anak muda untuk lebih bersifat analitikal dan kreatif dalam mengunakan pengetahuan mereka. Secara tidak langsung, pertandingan ini turut menyumbang kepada usaha menyemai, memupuk dan menanamkan minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda.

Skip to content