Skip to main content
Berita

Demontrasi dan Pandu Uji Kereta Toyota Mirai, Pamer Potensi Teknologi Hidrogen Dalam Sektor Mobiliti

26 Mac 2024, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu sesi demonstrasi dan sesi pandu uji di ruang lobi Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Turut hadir bersama adalah YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi; YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan YB Tengku Zafrul, Menteri MITI.

Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi berkongsi mengenai potensi teknologi hidrogen khususnya dalam sektor mobiliti, selari dengan komitmen negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya tahun 2050, sejajar dengan objektif yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR).
MOSTI kini sedang meneroka pontensi penggunaan teknologi hidrogen khususnya dalam sektor mobiliti. Justeru, MOSTI akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian dan agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan tahap
penerimagunaan teknologi hidrogen, seterusnya mewujudkan kumpulan pengguna atau ‘end-user’ di Malaysia.
Selain itu, tahun ini MOSTI dijangka akan membina sebuah Mobile Hydrogen
Refuelling Station (MHRS) melalui kerjasama dengan pihak swasta, membuktikan kebolehan dan kepakaran yang dimiliki oleh bakat tempatan dalam menerajui ekonomi hidrogen.
Skip to content