Skip to main content
Berita

Perjumpaan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

26 Mac 2024, Putrajaya – Perjumpaan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 26 Mac 2024 (Selasa) bertempat di perkarangan bangunan Blok C4, MOSTI.
Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan Ceramah Integriti bertajuk ‘Jihad Memerangi Rasuah’ yang disampaikan oleh Ustaz Lukman bin Mohd Hosni, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Majlis kemudian diserikan dengan Pertandingan ‘Battle Of Nasyid’ yang melibatkan empat (4) sektor di MOSTI iaitu Unit/Bahagian di bawah Pejabat KSU, Sektor Pembangunan Teknologi, Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains dan Sektor Pengurusan.
Turut hadir pada majlis perjumpaan ini ialah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita MOSTI, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Ketua-Ketua Unit/Bahagian serta warga MOSTI.
YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya mengatakan melalui Penganjuran majlis ini bukan sahaja untuk mengeratkan silaturrahim sesama Keluarga MOSTI, tetapi turut memberi peluang kepada pihak pengurusan beramah mesra dan meluangkan masa dengan seluruh warga MOSTI. Melalui bulan Ramadan juga membolehkan kita untuk refleksi diri agar dapat membentuk sahsiah dan keperibadian diri yang lebih baik.
Sebagai tanda keprihatinan untuk persiapan sambutan hari raya, majlis ini turut dilengkapkan dengan pemberian sumbangan kepada warga MOSTI dan serahan bantuan zakat kepada pegawai MOSTI yang berkelayakan.
Terlebih dahulu, pada sebelah pagi telah diadakan aktiviti gotong royong menyediakab bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada warga MOSTI.
Penganjuran majlis ini adalah hasil kerjasama di antara Bahagian-bahagian di MOSTI, Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat MOSTI (KemSAINS), PUSPANITA MOSTI dan Surau Ar-Raudhah Assakinah MOSTI.
Skip to content