Skip to main content
Berita

Dialog Kelima EU-Asia NanoSafety 2022

18 Julai 2022, Kuala Lumpur – YBhg.Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan Dialog Kelima EU-Asia NanoSafety 2022 di Kuala Lumpur.

Sesi Dialog kelima EU-Asia NanoSafety 2022 ini diadakan secara hibrid pada 18 Julai 2022 dengan penyertaan daripada 15 buah negara termasuk Malaysia yang diwakili oleh NNC. Objektif penganjurannya adalah untuk meningkatkan pertukaran dan persefahaman antara penggubal dasar, penyelidik dan pertubuhan bukan kerajaan dari Eropah dan Asia mengenai kepentingan keselamatan nano.

Sejak enam tahun lalu, dialog ini telah membina sinergi antara negara Asia dan Eropah dalam menetapkan garis panduan ujian standard yang boleh digunakan sebagai dokumen rujukan di kalangan negara Asia dan Eropah. Ini adalah penting dalam memastikan pembangunan dan keselamatan bahan nano di pasaran serta menyokong pertumbuhan industri nanoteknologi di kedua-dua benua.

Skip to content