Skip to main content
Berita

Lawatan Turun Padang Datuk KSU Ke Agensi Nuklear Malaysia

18 Julai 2022, Bangi – YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI telah menggadakan sesi lawatan turun padang ke tiga (3) projek RMKe12 di bawah Agensi Nuklear Malaysia.

Ketiga-tiga projek yg berkaitan adalah:
(a) Pembinaan Sistem Pelupusan Sisa Bahan Radioaktif Mengikut Piawaian IAEA (Fasa 2)
(b) Menaik Taraf Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Perubatan Nuklear
(c) Menaik Taraf Fasiliti dan Makmal Radioanalitikal Forensik Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Air.

Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek-projek tersebut. Di samping itu, platform turun padang juga merupakan medium yg baik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.

Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, YBrs. Dr. Abdul Rahim Harun, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia serta wakil daripada pihak JKR.

Skip to content