Skip to main content
Berita

Emas (Gold) Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023

6 Jun 2023, Putrajaya – Tahniah diucapkan kepada seluruh warga MOSTI atas pengiktirafan Emas (Gold) Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023 oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
MyGPI merupakan satu program untuk menilai prestasi agensi sektor awam yang memberi fokus kepada dua (2) dimensi iaitu dimensi pengurusan organisasi dan dimensi pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus yang baik ke arah reformasi sektor awam.
Program MyGPI turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara di peringkat global melalui pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat dan komuniti perniagaan.
Adalah diharapkan dengan adanya program MyGPI ini, agensi sektor awam dapat meningkatkan lagi usaha-usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam yang memenuhi jangkaan stakeholders – rakyat, komuniti bisnes dan pengurusan tertinggi.
352229738 3120221704949253 1659514391373180901 n    352101162 1369527763615674 6984108097619287320 n
Skip to content