Skip to main content
Berita

Sesi Meja Bulat (MBOT CEO Roundtable 2023)

6 Jun 2023, Kuala Lumpur – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI hari ini menganjurkan sesi meja bulat (MBOT CEO Roundtable 2023) yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang.

MBOT CEO Roundtable 2023 mengumpulkan 42 pemimpin industri teknologi dan ahli akademik. Dengan tema “Tenaga Kerja Kalis Masa Depan: Strategi Pembangunan Bakat Berkemahiran Tinggi”, program ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas yang berharga daripada kapten industri dan membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan pembangunan bakat.
Berdasarkan Komposisi Tenaga Kerja Semasa oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bakat tempatan separuh mahir adalah sebanyak 62.3% manakala bakat berkemahiran tinggi hanya 24.9%. Pada masa yang sama, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 35% pekerja berkemahiran tinggi dalam tenaga kerja buruh menjelang 2030 untuk menjadi negara maju.
YB Chang Lih Kang, dalam ucapannya berkata “Individu yang berkemahiran tinggi adalah penting untuk membangunkan penyelesaian yang canggih dan meneroka sesuatu yang baharu. Inovasi penting kepada penciptaan industri baharu, peluang pekerjaan dan peningkatan produktiviti.”
Katanya lagi, “Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa menyokong pembangunan industri melalui sains, teknologi dan inovasi dalam bidang seperti technology startup, pendigitalan, teknologi termaju dan pengkomersialan.”
Teknologi tinggi dan bakat berkemahiran tinggi merupakan tulang belakang kepada semua ekonomi. Mereka adalah profesional dan saintis yang memacu industri kita, memastikan kilang-kilang berjalan lancar, menghasilkan teknologi yang mampu dikomersialkan, membantu petani menghasilkan lebih banyak hasil, memastikan kecekapan jentera, dan memacu inovasi ke hadapan. Kita memerlukan bakat teknologi dalam semua industri sebelum kita boleh menghasilkan sebarang teknologi atau perkhidmatan.
“MBOT percaya, dalam menghadapi kemajuan teknologi tinggi, bakat pelbagai disiplin yang merentasi beberapa bidang teknologi menjadi keperluan industri penting yang bukan berasaskan satu disiplin sahaja,” kata YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Presiden MBOT.
Program ini turut menampilkan seorang penceramah, Dr. Matthew Dornan, Ekonomis Kanan Worldbank Malaysia yang berkongsi hasil kajian yang telah dijalankan mengenai kemahiran untuk negara berpendapatan tinggi.
352364363 1249219035798942 6858190745659293109 n    352031272 1022715409109106 902744329175323614 n352212147 146211995126294 4662487916814928207 n    352275430 640811184248495 2332055495838500816 n
Skip to content