Skip to main content
Berita

Forum Dr Ranjeet Bhagwan Singh Perkukuh Agenda Penjagaan Kesihatan Digital Berteraskan AI

13 Ogos 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Forum Memorial Tahunan Dr Ranjeet Bhagwan Singh 2026 serta mengumumkan penerima Geran Penyelidikan Perubatan RBS 2026 di MRANTI Park, Kuala Lumpur.

Forum yang menghimpunkan saintis perubatan terkemuka itu dianjurkan setiap tahun bagi meneruskan legasi mendiang Dr Ranjeet Bhagwan Singh dalam memupuk penyelidik muda dalam bidang perubatan dan bioperubatan. Bertemakan “AI-Enabled Healthcare for Smarter Solutions and Well-Being”, forum tahun ini mengetengahkan peranan sains, teknologi dan inovasi dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan penjagaan kesihatan negara.
Pada majlis tersebut, Ir. Dr. Low Liang Ee dari Monash University Malaysia diumumkan sebagai penerima Geran Penyelidikan Perubatan RBS 2026 bagi projek bertajuk ๐ท๐‘’๐‘ฃ๐‘’๐‘™๐‘œ๐‘๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐‘œ๐‘“ ๐‘๐ป-๐‘ ๐‘’๐‘›๐‘ ๐‘–๐‘ก๐‘–๐‘ฃ๐‘’ ๐‘€๐‘œ๐‘Ÿ๐‘โ„Ž๐‘œ๐‘™๐‘œ๐‘”๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘™ ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘ ๐‘“๐‘œ๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘๐‘™๐‘’ ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก๐‘–๐‘๐‘™๐‘’๐‘  ๐‘“๐‘œ๐‘Ÿ ๐‘‡๐‘ข๐‘š๐‘œ๐‘Ÿ-๐‘ ๐‘๐‘’๐‘๐‘–๐‘“๐‘–๐‘ ๐ด๐‘๐‘๐‘ข๐‘š๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›, ๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘™๐‘œ๐‘›๐‘”๐‘’๐‘‘ ๐‘…๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘€๐‘Ž๐‘”๐‘›๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘ ๐ป๐‘ฆ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘กโ„Ž๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘–๐‘Ž ๐‘‡โ„Ž๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘๐‘ฆ.
Dalam ucapannya, YB Datuk Chang Lih Kang berkata, Inisiatif Berorientasikan Misi (Mission-Oriented Initiative, MOI) Kebangsaan bagi Pemerkasaan Penjagaan Kesihatan Digital yang diterajui oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang diperkasakan kecerdasan buatan (AI) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
“MOI Kebangsaan bagi Pemerkasaan Penjagaan Kesihatan Digital akan melangkaui pelaksanaan projek digital yang bersifat terasing dan menggembleng kerajaan, penyedia perkhidmatan kesihatan, penyelidik, industri serta komuniti ke arah pencapaian hasil nasional yang boleh diukur, termasuk meningkatkan kesinambungan penjagaan kesihatan, pengesanan penyakit pada peringkat awal, akses yang lebih saksama serta sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan,” katanya.
Dana Amanah Penyelidikan Perubatan Dr Ranjeet Bhagwan Singh telah ditubuhkan pada tahun 1997 hasil visi mendiang Dr Ranjeet Bhagwan Singh, bekas Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan seorang tokoh filantropi yang berwawasan dalam bidang sains perubatan dan kesihatan. Sehingga kini, Dana Amanah tersebut telah menyokong 29 projek penyelidikan dan 11 bengkel teknikal, sekali gus memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan penyelidikan perubatan dan bioperubatan di Malaysia.
Skip to content