12 Ogos 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Program Kitar Semula Peringkat MOSTI bagi menggalakkan warga MOSTI membudayakan amalan kitar semula serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.
Program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada warga MOSTI yang membawa pelbagai bahan untuk dikitar semula, termasuk kotak, kertas terpakai, surat khabar, tin aluminium, plastik dan minyak masak terpakai.
Penglibatan warga daripada pelbagai bahagian dan agensi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong amalan kelestarian di tempat kerja. Turut diadakan ialah cabutan bertuah sebagai salah satu inisiatif menggalakkan penyertaan warga MOSTI.
Para peserta program juga akan menerima sijil penyertaan khas daripada YBhg. Datoβ Ts. Dr. Ketua Setiausaha MOSTI yang akan disampaikan pada Perhimpunan MOSTI akan datang. Tahniah dan syabas kepada semua warga MOSTI yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini.
Semoga budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle) terus diperkasa dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian warga MOSTI. Kecil langkahnya, besar impaknya. Bersama kita jadikan kitar semula sebagai budaya!




