26 September 2026, Putrajaya – Hari Cuci Malaysia Peringkat MOSTI 2026 telang berlangsung dengan jayanya di Blok C5, MOSTI yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI.
Dato’ KSU menggalakkan seluruh warga MOSTI agar sentiasa mengamalkan budaya menjaga kebersihan secara berterusan, bukan sahaja sempena Hari Cuci di tempat kerja, malah di kediaman masing-masing.
Program ini mendapat sambutan baik dalam kalangan warga MOSTI menerusi aktiviti gotong-royong membersihkan ruang pejabat masing-masing, pengumpulan barangan kitar semula, penebusan minyak masak terpakai kepada wang tunai, serta pelupusan peranti digital rosak.
Semoga amalan murni ini terus menjadi budaya warga MOSTI demi mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat, dan sejahtera.




