Skip to main content
Berita

Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2024

1 Februari 2024, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pusat Sains Negara Kuala Lumpur dan Planetarium Negara turut menyertai Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2024 yang diadakan pada 1 hingga 4 Febuari 2024 bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Planetarium Negara menjalankan aktiviti Planet Virtual Reality (VR) manakala Pusat Sains Negara telah menghantar bas pameran-PSN Trooperz On The Move yang menyediakan sebanyak 14 set bahan pameran interaktif di dalam bas serta menyediakan aktiviti DIY sains di hadapan bas tersebut.
YBhg. Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut meluangkan masa di POD2024.
Jika anda berada di Putrajaya, jangan lupa kunjungi bas pameran kami yang menyerlah dengan warna orennya. Ayuh #MerakyatkanSains dan #MenginsankanTeknologi bersama kami di Hari Terbuka Putrajaya 🤩
Skip to content