Skip to main content
Berita

Inaugural FST Government ASEAN Summit 2023

24 Oktober 2023, Singapura – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam rangka lawatan kerja ke Singapura bagi memenuhi jemputan FSTGov, sebagai pengucap utama di Inaugural FST Government ASEAN Summit 2023 yang berlangsung pada 25 Oktober 2023 di Suntec Convention & Exhibition Centre, Singapura.
Di kesempatan tersebut, pada hari ini (Selasa, 24 Oktober) Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan turut mengetuai delegasi MOSTI dalam lawatan dan perbincangan dua hala berkenaan tadbir urus pembiayaan dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan dua institusi terkemuka Singapura iaitu National Research Foundation (NRF) dan Agency for Science, Technology and Research (A*STAR).
NRF adalah sebuah jabatan di bawah Pejabat Perdana Menteri Singapura, yang menetapkan hala tuju R&D kebangsaan dengan membangunkan dasar, pelan dan strategi penyelidikan, inovasi dan perusahaan. Manakala, A*STAR pula adalah agensi yang memacu penyelidikan dalam membangunkan penemuan-penemuan saintifik dan inovasi teknologi.
Selain itu, delegasi MOSTI juga turut melawat A*StartCentral (A*SC) yang merupakan platform inovasi terbuka di bawah A*STAR bagi melihat dengan lebih dekat program inkubasi R&D di Singapura.
Skip to content