Skip to main content
Berita

INNO BIO Bersedia Untuk Pembangunan Dan Pengeluaran Produk Biosimilar

By 2017-06-14Jun 21st, 2017No Comments

Biosimilar Pertama buatan Malaysia untuk pasaran tempatan dan negara-negara ASEAN

 

Putra Nilai – 14 Jun 2017 – Inno Bio Ventures Sdn. Bhd. (Inno Bio) dan rakan kongsi strategik, Aryogen Pharmed Co. (Aryogen) dari Iran telah menandatangani perjanjian pada 7 Jun lalu di Fasiliti Aryogen Pharmed, yang terletak di Tehran, Iran. Perjanjian ini dimeterai bagi merealisasikan perkongsian usaha sama antara kedua-dua syarikat.

Objektif kerjasama ini ialah untuk pembangunan dan pengeluaran biosimilar bagi penyakit-penyakit kronik seperti kanser payudara, leukemia, gangguan darah dan rheumatoid artritis. Buat masa ini, perkongsian strategik antara Inno Bio dan Aryogen memberi tumpuan kepada empat produk iaitu Factor VII, Rituximab, Trastuzumab dan Etanercept.

Sinergi unik ini akan menumpukan kepada pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran dalam teknologi dan fasiliti cGMP, serta menguruskan keperluan perniagaan untuk pihak-pihak yang berkepentingan. Terkini, Factor VII berada di peringkat akhir pendaftaran produk dengan agensi yang mengawal selia produk biofarmasetikal di Malaysia.

“Inno Bio memfokuskan kepada pembangunan dan pengkomersialan produk biosimilar dengan sokongan daripada Aryogen. Produk ini akan dihasilkan di fasiliti cGMP Inno Bio di Putra Nilai bagi memenuhi pasaran Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ini merupakan kejayaan besar dalam pelaksanaan projek khas yang telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia kepada Inno Bio,” kata Tan Sri Abd Rahman pada majlis tersebut.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Inno Bio, Encik Mohd Zaid Abdul Jalil dan Pengerusi Aryogen, Dr Fereidoun Mahboudi. Majlis itu disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, yang menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawatnya di Iran.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak, Duta Malaysia ke Iran, Dato’ Rustam Yahaya, Pengerusi Inno Bio, Tan Sri Abd Rahman Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Aryogen, Dr Amir Farshchi dan Pengerusi Syarikat Usahasama di antara Inno Bio dan Aryogen, Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie.

Malaysia mengiktiraf biosimilar sebagai produk berimpak tinggi dan  mampu menyumbang kepada ekonomi sektor penjagaan kesihatan negara. Dengan pertambahan jumlah pesakit kanser dan permintaan ubatan kanser yang meningkat setiap tahun, pengeluaran domestik ubatan biologik pada kos yang mampan dan mampu milik adalah sangat penting. Ianya mampu memberikan akses yang lebih baik kepada pesakit-pesakit untuk ubat-ubatan ini. Harga untuk ubat-ubatan biologik boleh dikawal dan boleh ditawarkan pada 30% hingga 40% lebih rendah daripada ‘originator’ jika ia dikeluarkan di Malaysia.

“Kami mengunjurkan, akses kepada ubat-ubatan biologik khususnya untuk rawatan kanser yang disasarkan di Malaysia dan negara-negara ASEAN akan meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 50% pada tahun 2025. Ini merupakan komitmen kami untuk melihat lebih ramai pesakit mendapat manfaat dari kerjasama ini”, tambah Tan Sri Abd Rahman.

Inno Bio dan Aryogen telah bekerjasama selama hampir lima tahun. Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua belah pihak mempunyai persefahaman yang sangat baik, terutamanya dari segi halatuju dan aspirasi dalam menangani cabaran dalam penjagaan kesihatan kedua-dua negara dan seluruh dunia amnya.

Objektif kerjasama ini ialah untuk pembangunan dan pengeluaran biosimilar bagi penyakit-penyakit kronik seperti kanser payudara, leukemia, gangguan darah dan rheumatoid artritis. Buat masa ini, perkongsian strategik antara Inno Bio dan Aryogen memberi tumpuan kepada empat produk iaitu Factor VII, Rituximab, Trastuzumab dan Etanercept.

Sinergi unik ini akan menumpukan kepada pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran dalam teknologi dan fasiliti cGMP, serta menguruskan keperluan perniagaan untuk pihak-pihak yang berkepentingan. Terkini, Factor VII berada di peringkat akhir pendaftaran produk dengan agensi yang mengawal selia produk biofarmasetikal di Malaysia.

“Inno Bio memfokuskan kepada pembangunan dan pengkomersialan produk biosimilar dengan sokongan daripada Aryogen. Produk ini akan dihasilkan di fasiliti cGMP Inno Bio di Putra Nilai bagi memenuhi pasaran Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ini merupakan kejayaan besar dalam melaksanakan projek khas yang telah diamanahkan  oleh kerajaan Malaysia kepada Inno Bio,” kata Tan Sri Abd Rahman pada majlis tersebut.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Inno Bio, Encik Mohd Zaid Abdul Jalil dan Pengerusi Aryogen, Dr Fereidoun Mahboudi. Majlis itu disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, yang menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawatnya di Iran.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak, Duta Malaysia ke Iran, Dato’ Rustam Yahaya, Pengerusi Inno Bio, Tan Sri Abd Rahman Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Aryogen, Dr Amir Farshchi dan Pengerusi Syarikat Usahasama, Datuk Dr Ahmed Tasir Ahmed Tasir Lope Pihie.

Malaysia mengiktiraf biosimilar sebagai produk berimpak tinggi dan  mampu menyumbang kepada ekonomi kesihatan negara. Dengan pertambahan jumlah pesakit kanser dan permintaan ubatan kanser yang meningkat setiap tahun, pengeluaran domestik ubatan biologik pada kos yang mampan dan mampu milik adalah sangat penting. Ini mampu memberikan akses yang lebih baik kepada pesakit-pesakit untuk ubat-ubatan ini. Harga untuk ubat-ubatan biologik boleh dikawal dan boleh ditawarkan pada 30% hingga 40% lebih rendah daripada ‘originator’ jika ia dikeluarkan di Malaysia.

“Kami mengunjurkan, akses kepada ubat-ubatan biologik khususnya untuk rawatan kanser yang disasarkan di Malaysia dan negara-negara ASEAN akan meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 50% pada tahun 2025. Ini merupakan komitmen kami untuk melihat lebih ramai pesakit mendapat manfaat dari kerjasama ini”, tambah Tan Sri Abd Rahman.

Inno Bio dan Aryogen telah bekerjasama selama hampir lima tahun. Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua belah pihak mempunyai persefahaman yang sangat baik, terutamanya dari segi halatuju dan aspirasi dalam menangani cabaran dalam penjagaan kesihatan kedua-dua negara dan seluruh dunia amnya.

 

Mengenai Inno Bio Ventures Sdn. Bhd.

Inno Biologics Sdn. Bhd. ialah sebuah organisasi pembuatan kontrak yang menghasilkan produk biofarmaseutikal berasaskan sel mamalia.

Inno Biologics merupakan anak syarikat Inno Bio Ventures Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan, ditubuhkan pada tahun 2002 dan dikawal selia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Penubuhan Inno Bio adalah rangsangan kepada pembangunan industri bioteknologi yang memenuhi aspirasi kerajaan untuk menjadikan bioteknologi sebagai salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Penubuhannya adalah selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara, yang antara lain, menekankan kepada pembangunan bioteknologi kesihatan, bioteknologi perindustrian, penyelidikan, pemerolehan teknologi dan pembangunan modal insan.