PUTRAJAYA, 15 Jun 2017 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan menganjurkan National Innovation and Economy Creative (NICE) Expo 2017, ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terbesar negara pada 12 hingga 16 Oktober 2017 bertempat di Technology Park Malaysia (TPM), Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara.
Penganjuran NICE Ekspo 2017 bertujuan untuk menyemarakkan dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) di kalangan rakyat selaras dengan teras TN50 menggalakkan pengkomersialan berasaskan inovasi dan ekonomi kreatif serta meningkatkan daya saing Negara dalam bidang STI
Turut berlangsung sesi penyerahan surat kepada Rakan Strategik dan Duta MOSTI bagi NICE EXPO 2017.
Rakan Strategik MOSTI bagi NICE EXPO 2017
- Komander (K) Datuk Zulkifli Ishak
Pemegang Amanah
Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaa - Encik Neil Foo
CEO, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia - Encik Ebi Azly Abdullah
Wakil, MAGIC - Encik Ahmad Fariz Dahlan
Presiden Drone Malaysia - Encik Keng Soon
Presiden, Pertubuhan Peniaga Telekomunikasi Malaysia.
Duta MOSTI bagi NICE EXPO 2017
- Prof Madya Dr Ramzah Dambul
Timbalan Ketua Setiausaha STI, MOSTI - Puan Mariatini binti Othman
Naib Presiden Kanan, MTDC - Encik Mohammad Faeez Mohamad Fadhlillah
CEO, Lagisatu Travel Sdn bhd - Encik Yusno Yunus
CEO, Y US Sdn Bhd - Encik Matt Chandran
CEO, iGene Sdn Bhd
Pra Pelancaran Dalaman NICE Ekspo 2017 dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Seri Dr Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI.