15 Januari 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah merasmikan Karnival Inovasi UCS 2023 yang bertujuan menyemarakkan pelbagai aktiviti inovasi dalam pemerkasaan ekonomi.
Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, YBhg Dato’ Dr Haji Megat Sany Megat Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi (kPT), Barisan Pengurusan Universiti, para penaja, rakan kerjasama industri serta para pengunjung.
YBhg Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim berkata, penganjuran Karnival Inovasi UiTM Cawangan Selangor 2023 merupakan inisiatif bagi menyemai budaya inovasi dalam kalangan warga Universiti agar dapat menghasilkan penyelidik dan para pelajar yang mempunyai minda perekacipta (inventor) dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi moden.
Karnival Inovasi UCS itu telah dianjurkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor dengan kerjasama MOSTI.
Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, karnival itu mensasarkan seramai 5,000 pengunjung dalam kalangan penyelidik dan masyarakat sekitar Kuala Selangor.
Ia berlangsung selama 2 hari pada 14 dan 15 Januari 2023 di Dewan Berlian UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
Selaras dengan tema iaitu “Inovasi Memperkasakan Ekonomi”, penganjuran karnival ini menawarkan lebih daripada 70 pameran dan aktiviti menarik bagi memupuk kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan inovasi bagi sesebuah pembangunan masyarakat supaya menjamin dalam pertumbuhan ekonomi.
Penganjuran yang julung kalinya diadakan ini juga menampilkan acara utama yang lain iaitu perkongsian ilmu daripada penyelidik yang berpengalaman dalam sesi Hot Chocolate Research Talk l
Sesi Business Brew with Bigwigs pula menjemput 4 panel yang terdiri daripada syarikat ternama yang akan berkongsikan pengalaman sesebuah perniagaan dijalankan.
Pada majlis yang sama, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat milik Pusat Kecemerlangan UiTM dengan syarikat telah diadakan dengan disaksikan oleh pihak Kementerian dan UiTM sendiri.