16 Januari 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini menerima kunjungan hormat daripada H.E Takahashi Katsuhiko, Ambassador of Japan to Malaysia.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, Pegawai-pegawai Kanan MOSTI serta Ketua Pegawai Eksekutif, NanoMalaysia Berhad dan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Atom.
Perbincangan tertumpu kepada mengukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang atau potensi kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) terutama sekali dalam Upskilling for Deep Tech and Future Skills dan bidang teknologi hijau seperti kenderaan elektrik dan hidrogen.