Skip to main content
Berita

Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Melaka

12 Oktober 2023, Melaka – Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Melaka anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka bersempena penganjuran Smart Melaka International Conference and Expo 2023 (SMIX).

Karnival yang dirasmikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula 12 Oktober sehingga 14 Oktober 2023.
Karnival MSN Peringkat Negeri Malaka kali ini menawarkan pelbagai pengisian interaktif seperti pameran berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI) di reruai pameran, demonstrasi sains dan bual bicara yang berteraskan STI untuk masyarakat setempat. Ia juga memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan mengetengahkan teknologi dan inovasi mereka yang tersendiri kepada umum, khususnya kepada anak-anak negeri Melaka.
Turut dianjurkan adalah Malaysia Techlympics yang merupakan inisiatif MOSTI yang dilaksanakan sejak tahun 2022 dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.
Penganjuran Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Zon Selatan ini merupakan pelaksanaan zon keenam selepas Peringkat Zon Utara, Zon Sabah. Zon Tengah, Zon Sarawak dan Zon Timur. Seramai lebih 2,500 orang peserta telah berkumpul bersama-sama dan bersaing di Peringkat Zon Selatan ini bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2023 di Putrajaya. Pelbagai pertandingan yang berteraskan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet kebendaan (IoT), dron, pengkodan dan robotik yang dipertandingkan di peringkat negeri dan zon.
Antara pengisian utama Malaysia Techlympics di bawah tema Keterangkuman Malaysia Madani juga adalah latihan kepada guru-guru atau 😭. Di Peringkat Zon Selatan sendiri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang melibatkan empat belas (14) buah lokasi di zon Selatan yang melibatkan lebih daripada 21,571 orang pelajar dan guru-guru.
Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics dijemput untuk melayari laman web rasmi minggusainsnegara.mosti.gov.my dan home.techlympics.my.
Skip to content