Skip to main content
Berita

Program ISS CONTACT 2023

12 Oktober 2023, Kuala Lumpur – Stesen radio amatur di Planetarium Negara merupakan satu-satunya stesen radio amatur di Malaysia yang diberikan kebenaran untuk menghubungi angkasawan di ISS sejak pelancaran Angkasawan Negara yang pertama pada 2007.

Program ISS CONTACT 2023 ini memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan teknologi angkasa dan juga dapat mempelajari tentang kehidupan angkasawan di ISS. Program tersebut juga menyokong inisiatif perkukuhan program pembudayaan Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) iaitu memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif.
Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Kuala Lumpur berpeluang berkomunikasi secara langsung dengan Angkasawan European Space Agency (ESA), Andreas Enevold Mogensen yang berada di Stesen Angkasa Antrabangsa (ISS) melalui Stesen Radio Amatur, Planetarium Negara pada pukul 7.16 malam tadi.
Turut hadir sama di program berkenaan adalah YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs Puan Ruziah Binti Shafei Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs Gs. Tuan Haji Azlikamil Napiah Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), YBrs Encik Mhd Fairos Asillam Setiausaha Bahagian Penguasa Angkasa dan Pengarah Planetarium Negara, YBrs. Tuan Haji Shahruddin Bin Haji Yusof.
Skip to content