Skip to main content
Berita

Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Timur Melabuhkan Tirai dengan Jayanya!

18-20 Julai 2026, Kuala Terengganu – Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Timur yang berlangsung pada 18 hingga 20 Julai 2026 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu telah berjaya mencapai objektifnya dalam membudayakan sains, teknologi dan inovasi kepada masyarakat.
Bertemakan โ€œ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ข๐Ÿ, ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐“๐„๐Œโ€, karnival ini telah menghimpunkan ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran STEM, Bengkel STEM Digital, Cakap-Cakap Sains, Galeri Sains Hands-On & Kuiz Sains, Pertandingan Navigasi Dron, Cabaran Junior Chef, Pertandingan Muzikal Sains, Jom Lari-Lari & Cabaran Kardio, Pemeriksaan Kesihatan serta pelbagai aktiviti interaktif yang memberi pengalaman pembelajaran STEM secara menyeronokkan.
Karnival ini telah dirasmikan pada 19 Julai 2026 oleh YB Datoโ€™ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Turut hadir mengiringi ialah YBhg. Datoโ€™ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI.
๐ŸŽ‰ MSN 2026 Zon Timur berjaya merekodkan kehadiran seramai ๐Ÿ๐ŸŽ,๐Ÿ’๐Ÿ๐Ÿ— ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ , sekali gus melepasi sasaran kehadiran yang ditetapkan bagi penganjuran tahun ini. Pencapaian ini membuktikan minat dan sokongan masyarakat terhadap usaha membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta memperkukuh kesedaran terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus meningkat.
MOSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), semua rakan strategik, pempamer, sukarelawan, warga kerja serta para pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan MSN 2026 Zon Timur ๐Ÿ–ค๐Ÿค
Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di siri ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐’๐š๐ข๐ง๐ฌ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š (๐Œ๐’๐) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐™๐จ๐ง ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ๐Ÿ— & ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” !
Skip to content