Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat YB Timbalan Menteri ke Sabah Agro-Industrial Park (SAIP)

20 Julai 2026, Kimanis – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah Agro-Industrial Park (SAIP), Kimanis sebagai susulan kepada kunjungan hormat Pengurusan Kanan SAIP ke Parlimen baru-baru ini.
Lawatan ini bertujuan meninjau pembangunan ekosistem SAIP yang merangkumi kemudahan pemprosesan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta sokongan kepada usahawan agroindustri.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut meneliti potensi SAIP sebagai hab agroindustri di Sabah serta bertukar pandangan mengenai peluang untuk memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi bagi menyokong pembangunan sektor agroindustri, pengkomersialan inovasi dan peningkatan daya saing industri tempatan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan SAIP atas sambutan dan perkongsian yang diberikan. Lawatan ini membuka ruang untuk meneroka potensi kerjasama pada masa hadapan dalam memperkukuh pembangunan agroindustri serta menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah.
Skip to content