Skip to main content
Berita

Kembara Sains Borneo 2025 Sabah – SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna

21 Jun 2025, Sabah – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal mengadakan lawatan ke SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna Sabah sempena Kembara Sains Borneo 2025 Zon Sabah hari ini.

KSB 2025 anjuran Pusat Sains Negara bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) serta Petrosains, Discovery Centre merupakan inisiatif di bawah Minggu Sains Negara membawakan pengalaman pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bukan formal dan luar bilik darjah khusus untuk komuniti di Sabah dan Sarawak.
Antara aktiviti yang dijalankan sempena program KSB kali ini adalah Persembahan khas: RoboDog , Persembahan Sains Interaktif oleh Petrosains dan STEM Challenge daripada Pusat Sains Negara
YB Dato’ Mohammad Yusof juga mengadakan sesi walkabout ke reruai pempamer dan lawatan ke aktiviti Coding Workshop oleh Petrosains
Turut hadir, YBrs. Encik Mohammad Fuad Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara, YBrs. Puan Norhana Hamim, Pengarah Jabatan Pembelajaran dan Pusat Satelit Petrosains Sdn Bhd, YBrs. Puan Mardianah Hj Mohd Ibno, Timbalan Pendidikan Daerah Semporna dan Yang Mulia Tengku Mohd Nazri Tengku Anang, Pengetua SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah.
Skip to content