Skip to main content
Berita

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Telah Menerima Kunjungan Hormat Daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak

16 Disember 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak bersama lapan ( 8 ) orang pegawai daripada Jabatan Premier Sarawak.

Perjumpaan tersebut antara lainnya membincangkan mengenai cadangan integrasi Aplikasi MyDigital ID dan Sarawak ID untuk memudahkan rakyat Sarawak mengakses aplikasi digital kerajaan dan swasta dengan lebih mudah, selamat dan efisien.
Skip to content