Skip to main content
Berita

Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023

4 Julai 2023, Kuala Lumpur – Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023, buat julung kalinya dianjurkan bertujuan untuk menghimpun para pemikir, inovator dan profesional dalam bidang inovasi sosial yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Julai 2023 bertempat di Menara MARA, Kuala Lumpur. Di samping itu, KIS 2023 juga dapat meningkatkan kolaborasi dan memperkukuh penyelesaian yang lebih berinovatif dalam mengatasi cabaran sosial yang dihadapi negara pada masa kini.
KIS 2023 menjadi platform yang menghubungkan para inovator sosial untuk berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman yang dapat mendorong transformasi sosial secara berterusan.
KIS 2023 dirasmikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. Di dalam ucapannya, YB Datuk Arthur berkata, “..Bagi menyemarakkan lagi inisiatif MyIS pada tahun 2023, MOSTI melalui YIM mengiktiraf pencapaian cemerlang para inovator melalui platform sebegini.”
Selain itu, inisiatif ini turut mengiktiraf para inovator sosial di Malaysia dalam penghasilan inovasi tempatan yang berasaskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) bermatlamatkan kesejahteraan masyarakat dan pembangunan mampan.
Sepanjang tiga hari ini, KIS 2023 mensasarkan kunjungan seramai 1,000 orang daripada pelbagai latar belakang, penglibatan 150 inovator dari seluruh negara dan juga tiga penceramah antarabangsa daripada India dan Filipina untuk membincangkan idea-idea yang boleh diketengahkan dalam usaha untuk menjayakan inisiatif inovasi sosial di Malaysia.
Konvensyen ini juga merupakan antara medium penting kepada MOSTI dalam usaha mempromosikan Inisiatif Inovasi Sosial sebagai salah satu aspek pembangunan STIE yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara; mewujudkan bakat inovator sosial yang adaptif dalam pelbagai bidang sains dan teknologi bagi memacu ekonomi negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.
Pelbagai program telah dilaksanakan semasa KIS 2023 iaitu: Seminar “Road to Entrepreneurial Leadership & Sustainability” yang merupakan seminar untuk melengkapkan para inovator sebagai Innopreneur Leader STIE di peringkat nasional dan global.
Social Innovation Future Tech Talent (SHIFT) yang dijalankan dengan bantuan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk meningkatkan jumlah inovator mahir yang diiktiraf di Malaysia, dan membantu menambahkan pendapatan bulanan inovator serta dapat mempertingkatkan kesejahteraan hidup mereka.
Pocket Talk merupakan perkongsian yang disampaikan oleh pakar inovasi yang terdiri daripada MARA, Anthena Empower, Industry 4.0 Entrepreneurs Association of Malaysia (iREAM), YIM dan juga MOSTI sendiri. Selain itu, sesi perkongsian turut dilakukan oleh para inovator YIM yang terpilih iaitu projek:
● Flexsilk: Dimana inovator memberi demonstrasi bagi kegunaan mesin Flexsible Silkscreen Printing Table yang merupakan mesin percetakan boleh laras dan sesuai untuk digunakan oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU).
● Creativa: Menerusi produk ini, kita dapat mempelajari cara penggunaan teknologi “augmented reality” untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran di dalam bilik darjah.
Skip to content