Skip to main content
Berita

Majlis Pengumuman Pemenang ASM Artscience Prize 2022

4 Julai 2023, Kuala Lumpur – Inisiatif ArtScience™ boleh menjadi pemacu utama kemajuan dan membuka sempadan baharu inovasi. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berharap Inisiatif ArtScience™ akan menggalakkan masyarakat untuk melihat masalah daripada perspektif baharu dan menghasilkan penyelesaian bersifat insani dan inovatif.
Berucap di Majlis Pengumuman Pemenang ASM ArtScience™ Prize 2022 YB Tuan Chang Lih Kang berkata, “Melalui ArtScience, kita dapat merangsang minda, memupuk rasa ingin tahu, dan memberi inspirasi kepada generasi pemikir kreatif dan penyelesai masalah yang akan membentuk masa hadapan. Daripada perspektif pembudayaan, MOSTI berhasrat untuk mewujudkan ruang dimana artis dan saintis boleh bekerjasama dan berkongsi idea.”
Inisiatif ArtScience™, yang dilancarkan pada tahun 2019, bertujuan untuk memupuk kreativiti terhadap penyatuan seni dan sains. ASM ArtScience™ Prize ialah pertandingan dwitahunan yang menjemput peserta daripada pelbagai latar belakang untuk mencipta karya seni yang memperbaiki kehidupan manusia melalui pendekatan antara disiplin sains, teknologi dan seni. ASM ArtScience™ Prize turut menjadi inisiatifyang pertama ditubuhkan di Malaysia bagi meraikan komuniti artis-saintis.
MOSTI percaya Inisiatif ArtScience™ boleh membuat perubahan sebenar di Malaysia dengan mempertingkatkan apresiasi terhadap seni dan aplikasi sains. Ia bolehmembantu untuk menangani cabaran yang mendesak seperti kesihatan planet dan keterjaminan makanan. Dengan penerimaan penyatuan seni dan sains, kita membuka kemungkinan baharu, membentuk masa depan yang cerah dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
Menerusi ASM ArtScience™ Prize edisi 2022, 58 karya seni telah diterima daripada individu serta kumpulan. Karya seni tersebut dikategorikan kepada seni visual, seni berasaskan masa dan media baharu. Artis daripada pelbagai latar belakang dan disiplin telah mengambil bahagian, menyumbangkan ekspresi seni mereka dalam pelbagai medium, termasuk lukisan, arca dan video.
Untuk tahun kedua, Maybank Foundation muncul sebagai penaja utama untuk Pameran ASM ArtScience™ Prize 2022. Rakan kongsi sokongan yang lain termasuklah Balai Seni Negara, MultimediaUniversity, Monash University Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Yayasan TM dan Toccata Studio.
Pameran ASM ArtScience™ Prize 2022 mempersembahkan karya seni 23 finalis yang bertemakan “Kesihatan Planet melalui Lensa ArtScience™.” Pameran ini dibuka setiap hari bermula 19 Jun hingga 7 Julai 2023 di Balai Seni Maybank, Kuala Lumpur, dari jam 10 pagi – 5 petang. Tiada bayaran masuk dikenakan.
Skip to content