Skip to main content
Berita

KSU MOSTI Hadir Konvensyen Iltizam 2026

3 Ogos 2026, Sintok – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Konvensyen ILTIZAM 2026 yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Konvensyen yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara turut menyaksikan pelancaran Logo ILTIZAM dan Logo Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA) sebagai identiti korporat di bawah Akta ILTIZAM Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 [Akta 867].
Bertemakan “ILTIZAM: Memacu Kecekapan, Akauntabiliti dan Reformasi Perkhidmatan Awam”, konvensyen ini menjadi platform memperkukuh pemahaman terhadap pelaksanaan Akta ILTIZAM, berkongsi amalan terbaik serta membincangkan usaha mempertingkat kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, telus, berakauntabiliti dan berfokuskan rakyat.
MOSTI komited untuk melaksanakan agenda reformasi perkhidmatan awam serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Skip to content