Skip to main content
Berita

MOSTI Care 2026 Menyantuni Warga Kesihatan dan Pesakit di Hospital Daerah Lahad Datu

3 Ogos 2026, Lahad Datu – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menghadiri Program MOSTI CARE 2026 di Hospital Daerah Lahad Datu sebagai sebahagian daripada komitmen kementerian dalam memperkukuh agenda keterangkuman komuniti dan kesejahteraan rakyat.

Program ini memberi tumpuan kepada usaha menyantuni warga kesihatan serta menzahirkan penghargaan kepada doktor, jururawat dan anggota sokongan yang memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. Turut diadakan ialah sesi Kunjungan Kasih kepada pesakit di wad hospital serta penyampaian sumbangan kebajikan sebagai tanda keprihatinan.

Pelaksanaan MOSTI CARE 2026 mencerminkan komitmen MOSTI untuk memastikan manfaat sains, teknologi dan inovasi diterjemahkan secara inklusif melalui pendekatan yang mesra rakyat, di samping memperkukuh jalinan kerjasama strategik

bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyokong kesejahteraan komuniti.

Skip to content