Skip to main content
Berita

KSU MOSTI Menerima Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Kg. Tengah, Kluang, Johor

14 Ogos 2024, Johor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kg. Tengah, Kluang, Johor. yang merupakan Kampung Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) Ketua Setiausaha (KSU) MOSTI.

Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI ) merupakan satu kaedah meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung yang terpilih.
Antara objektif Program Santuni MADANI adalah untuk:
✅ Memperkaya sikap cakna pemimpin yang sentiasa menyantuni dan menjadi suri teladan kepada penduduk kampung kelahiran, tempat membesar masing-masing atau kampung yang dipilih;
✅ Memupuk budaya “sense of belonging” dan “proud with” di kalangan pemimpin terhadap kampung halaman sendiri; dan
✅ Meningkatkan potensi kampung dan keupayaan Masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk bagi mengenal pasti isu sosioekonomi dan mencadangkan kaedah penyelesaian serta keperluan penduduk setempat selaras dengan prinsip “localised Sustainable Development Goals (SDG)”.
Skip to content