14 Ogos 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan YB Akmal Nasir dan delegasi daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Mengadakan perbincangan tentang potensi kerjasama untuk pembangunan teknologi dalam ruang tenaga boleh baharu dan peralihan tenaga.
Teknologi nuklear dan hidrogen antara contoh tenaga bersih yang boleh dikomersialkan dan dikembangkan penggunaannya dalam negara.
MOSTI komited menyokong usaha peralihan tenaga melalui kerjasam pihak berkepentingan bagi mencapai misi net zero carbon menjelang 2050.