5 Mac 2025, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI terlibat dalam perbincangan dinamik dengan Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia. Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan perkongsian semasa dan meneroka peluang baharu dalam sains, teknologi dan inovasi (STI).
Mesyuarat tersebut menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam bidang STI , selaras dengan Teras 6: Keunggunlan Global, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030.
Hadir sama, YBhg Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, pegawai-pegawai dari MOSTI dan Cik Ekaterina Evgrafova, Timbalan Wakil Perdagangan Rusia.
Perbincangan menunjukkan komitmen bersama untuk memajukan kerjasama STI, membuka jalan kepada hubungan strategik yang lebih mendalam antara Malaysia dan Rusia.