Skip to main content
Berita

Program Ihya’ Ramadan MOSTI Bersama Perdana Menteri

5 Mac 2025, Putrajaya – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri hari ini meluangkan masa menyantuni warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Program ini adalah sebahagian daripada siri Program Ihya’ Ramadan YAB Perdana Menteri sepanjang bulan Ramadan 1446 H.
Ketibaan YAB Perdana Menteri di sambut oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang kemudiannya mengadakan mesyuarat bersama ahli mesyuarat Pengurusan Tertinggi MOSTI bagi mengenal pasti isu-isu dan membincangkan hala tuju MOSTI sepanjang tahun 2025. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Selesai mesyuarat YAB Perdana Menteri bersama warga MOSTI mengikuti sesi tazkirah ramadan bertajuk ‘Ramadan Bulan Al-Quran: Tadabbur Al-Quran Tafakur Alam’ yang disampaikan oleh YBrs. Prof Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir Bin Mohammed Khalid, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, UNISEL di Surau Ar-Raudhah As-Sakinah MOSTI.
Program Ihya’ Ramadan ini diakhiri dengan Solat Zohor berjemaah bersama warga MOSTI dalam mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dan penghayatan Ramadan seiring dengan konsep Kesejahteraan Malaysia MADANI dalam kalangan warga MOSTI.
Skip to content