Skip to main content
Berita

Kunjungan Delegasi China International Nuclear Fusion Energy Program Execution Center ke MOSTI

29 Julai 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerima kunjungan delegasi China International Nuclear Fusion Energy Program Execution Center (CINFEPEC), Ministry of Science and Technology (MOST) of China yang diketuai oleh Ms. Wang Min, Timbalan Ketua Pengarah.
Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama teknologi pelakuran nuklear (nuclear fusion), khususnya pembangunan modal insan, pertukaran penyelidik, R&D bersama serta perkongsian pengetahuan dan teknologi. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa teknologi tersebut dan peluang penglibatan penyelidik Malaysia dalam program latihan serta penyelidikan berkaitan.
Pertemuan ini membuka ruang untuk meneroka bentuk kerjasama yang bersesuaian dengan keperluan dan tahap kesiapsiagaan Malaysia, di samping memperkukuh hubungan kerjasama sains dan teknologi antara Malaysia dengan China.
Skip to content