Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat daripada Duta Besar Belgium ke Malaysia

By 2021-03-04Jun 10th, 2021No Comments

Putrajaya, 4 Mac 2021 – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada TYT. Pascal Hubert Grégoire, Duta Besar Belgium ke Malaysia. Pertemuan ini turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi MOSTI dan Pengerusi National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM). Malaysia dan Belgium berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang diambil oleh Kerajaan masing-masing untuk program imunisasi bagi kedua-dua buah negara disamping peluang kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Skip to content