Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Daripada Duta Besar Republik Islam Iran di Malaysia

By 2022-01-14Januari 26th, 2022No Comments
14 Januari 2022, Putrajaya – YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Ali Asgar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran di Malaysia. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Pegawai Kanan MOSTI dan pegawai dari Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Malaysia dan Republik Islam Iran telah bersetuju untuk merunding semula Perjanjian Persefahaman dalam Kerjasama Sains dan Teknologi di antara kedua-dua negara. Kedua-dua buah negara telah berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam bidang co-incubation, pemindahan teknologi, pertukaran usahawan dan inovator teknologi serta peluang kerjasama dalam bidang STI.
Skip to content