Skip to main content
Seranta Awam Atas Talian (Arkib)

Jemputan Menyertai Konsultasi Awam Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030

By 2022-01-19Januari 28th, 2022No Comments

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyediakan cadangan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 yang menggariskan matlamat strategik dan halatuju bagi penggunaan sains dan teknologi nuklear di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, bagi tujuan meninjau pandangan secara kolektif dan terbuka berkenaan cadangan penggubalan dasar ini, YBhg. Prof. / Ir. / Ts. / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan dengan hormatnya adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Sesi Konsultasi Awam Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 yang berlangsung dari 11 sehingga 25 Januari 2022, melalui pautan berikut:

https://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/work/upc/shareThumbnail/NUKLEARMALAYSIA160.csp?$NAMESPACE=UPC&redirPage=regulation&redRegId=160&redId=2&regId=160

Kerjasama YBhg. Prof. / Ir. / Ts. / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan dalam menjayakan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) 

Skip to content