1 Jun 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Mr. Ali Asghar Mohammadi, Penasihat Kanan kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Abu Dhabi Developmental Holding Company PJSC (ADQ). Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan MOSTI.
Malaysia dan UAE berpeluang membincangkan mengenai peluang potensi kerjasama dan pelaburan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) terutama sekali dalam syarikat pemula STI, farmaseutikal, bioteknologi dan teknologi tenaga boleh baharu.