Skip to main content
Berita

Memorandum Persefahaman (MoU) Jabatan Tenaga Atom Bersama Pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP)

29 Mei 2023, Kuala Lumpur – Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP) bertempat di Bangunan Permata Sapura, Centre for Advanced Professional Education CAPE, Universiti Teknologi PETRONAS di Kuala Lumpur.
Memorandum ini telah ditandatangani bersama oleh Ketua Pengarah Atom Malaysia YBrs. Puan Hajah Noraishah Pungut dan Naib Cancelor UTP iaitu YBhg. Professor Ts. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim.
MoU yang ditandatangani ini telah meletakkan batu asas dalam usaha mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak khususnya dalam pertukaran maklumat teknikal dalam aspek kawalselia sinaran. Di samping usahasama dalam meningkatkan kesedaran awam berhubung Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi Program Corporate Social Responsibility (CSR).
350803415 1228609567794700 6398852986186872711 n     350868323 287718583610734 1499306111469734627 n
Skip to content