KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YBHG. TAN SRI OMAR ABDUL RAHMAN, PENGERUSI MALAYSIA TORAY SCIENCE FOUNDATION (MTSF) KE ATAS YB DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU, MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA

25 Januari 2018 – YBhg. Tan Sri Omar Abdul Rahman, Pengerusi Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat tersebut turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan MOSTI, SIRIM, MIMOS dan Institut Kimia Malaysia. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama di antara MOSTI dan MTSF dalam meningkatkan pembangunan sains, teknologi dan inovasi di Malaysia.