20 Disember 2022, Putrajaya – Kunjungan hormat delegasi Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Aminudin Yahaya , Ketua Pengarah STRIDE ke atas YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Dalam sesi kunjungan hormat tersebut turut diadakan perbincangan mengenai pembiayaan R&D serta kerjasama yang dapat dijalinkan dalam bidang R&D dengan agensi-agensi di bawah MOSTI.