Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

21 Disember 2022, Kuala Lumpur – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meluangkan masa melawat Pusat Sains Negara Kuala Lumpur yang merupakan salah sebuah jabatan di bawah MOSTI yang berfungsi sebagai sebuah institusi dalam penyampaian pendidikan sains tidak formal kepada masyarakat. Menerusi pembelajaran interaktif di PSN dan penerapan konsep ‘science is fun’, usaha-usaha pemantapan pembelajaran berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara menarik dapat disampaikan kepada pelajar-pelajar yang melawat khususnya dan juga orang ramai secara amnya.

Ketibaan YB Datuk Arthur Joseph Kurup disambut oleh Puan Mismah binti Jimbun, Pengarah PSN serta diiringi oleh beberapa pegawai PSN yang lain. Beliau kemudiannya telah dibawa melihat ke semua pameran serta mencuba beberapa aktiviti menarik di sana bermula dengan kehidupan air tawar, seterusnya penghasilan tenaga elektrik daripada pelbagai sumber, pameran alam sekitar, sel dalam tubuh haiwan, daun dan manusia serta pelbagai lagi dan di bawa ke pengembaraan kehidupan dinosaur. YB juga sempat mencuba tarikan terbaharu di PSN iaitu HADO di pameran bertema Obskura XR.

PSN juga turut menyediakan program jangkau luar yang dipanggil PSN Trooperz bertujuan memberi peluang kepada masyarakat yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman merasai pengalaman dan memperoleh faedah daripada program pendidikan sains tidak formal PSN.

MOSTI melalui PSN sentiasa komited bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghargaan orang ramai terhadap STI. Pembudayaan STI melalui aktiviti luar bilik darjah yang membolehkan pengunjung mencuba, menguji dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti ‘hands-on’ dilihat mampu menyemai minat pelajar dan masyarakat dalam STI, memperkukuhkan pembelajaran STI serta memupuk pembelajaran sepanjang hayat.

 

320403960 841373813804273 6953871019799531458 n       320263213 580733860589624 2983162179179841595 n

318779048 884487415892427 2196571493550408519 n       319743184 1188653288516905 9108799220885468850 n

Skip to content