16 Disember 2022, Putrajaya – Kunjungan hormat delegasi Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim, Ketua Eksekutif IRDA ke atas YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah berlangsung pada 15 Disember 2022.
Dalam sesi kunjungan hormat tersebut turut diadakan perbincangan mengenai Innovation Work Group (INWG)-Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM).

